Tuesday, February 11, 2014

Samosa Sardin Spicy

Assalamualaikum,

Hari ni aku just nak kongsi resepi pulak. Ala biasa-biasa punya resepi jak pun hehe.
Samosa Sardin,tapi aku buat yang pedas lah sebab bab-bab pedas ni memang fav sejak zaman anak dara lagi.

Untuk Inti samosa ni,aku just gunakan sardin ( Ayam Brand ) sedia pedas,ada lambang cili. Bawang besar aku potong | hiris sederhana dan aku masak bersama sayur campur ( carrot,bean,corn ). Macam biasalah cara masak dia just tumis. Inti samosa ni terpulang pada selera masing. Tapi sangat sedap jika berintikan ayam | daging . Untuk gamkan kulit popiah,aku gunakan putih telur.

So,sekarang ni aku tengokkan cara aku lipat kulit popiah. Memula tu memang tak jadi sebenarnya,tapi semangat nak makan dan hasilkan samosa akhirnya berjaya juga aku haha.

Cara lipat samosa ^_^

Bentangkan kulit popiah seperti ini

Letakkan inti seperti ini ditengah

Sapukan putih telur disekeliling popiah

Lipatkan bucu pertama seperti ini

Kemudian sebelah lagi,temukan untuk dapatkan bucu segi tiga

Tarik bucu sebelah atas ke bawah seperti ini


Bucu bahagian bawah lipatkan ke atas

Juga lipatkan bucu sebelahnya untuk dapatakn hasil segi tiga tepat

Hasilnya akan jadi seperti ini ( muka hadapan samosa )




Macamna kawan-kawan?? senang bukan untuk hasilkan sebijik samosa. Haha ini jer step yang aku terer sebenarnya,kalau nak ikut step orang pakar,memang tak terhasillah samosa aku hehe. So gorengkan pada suhu api sederhana yer,sebab kulit popiah ni agak nipis nanti terhangus la pulak samosa haha. Selamat Mencuba!! ^_^

Tadaa!! inilah hasilnya sesudah digoreng ^_^


Tuesday, February 4, 2014

Anak Demam Selsema + Batuk

Bismillahirrahmannirahim.
Assalamualaikum,

Admitted to Paeds Ward,HWDKK, Likas

Lebih kurang pukul 2pm tu,accidently tak ku duga,kecuaian pihak tertentu meletakkan bahan racun (Minyak Petrol ) ditempat publik anak aku selalu bermain. Seyesly sangat marah! tapi benda dah jadi,just think positive and cool down. Bawa anak pegi klinik ( Permai PolyClinic,Kinarut ). Sangat menyentuh hati seorang ibu,anak terkulai layu,seperti orang yang sedang menghayal. Kesan minum petrol agakya. Doktor bagi surat untuk bawa anak refer to Hosp,Likas. Ya Allah!! teruk sangatkah doktor? " Tidak juga,cuma untuk pantauan keadaan anak puan". Lega kah rasa hati?? ofkos tidak!

A&E Hosp,Likas

Daftar masuk dan M.A mula tanya itu ini, bla,bla,bla aku jawab sambil menatap wajah si anak yang sedang lena tidur diribaku. Hampir 5 minit sesi soal & jawab. Ingatkan terus anak aku dapat rawatan,tapi?? Setengah Jam hampir berlalu. " Nik Aiman Asyyarie"?? Sorang misi panggil. Fuh!! baru sampai turn. Sangat geram. Tapi memang itulah prosedure hospital Kerajaan,jangan harap dapat 1st service.So kena sabar tunggu giliran. 2x cucuk jarum,1st tu tak dapat cari nerve aiman. 2nd time baru dapat. Alhamdulillah! sebab aku dah tak tahan hati tengok anak aku dijarum,walaupun anak aku tak nangis masa tu. Anak mamy kan kuat! :) . 9.14pm masuk wad melur 1. okey! masa admit suma H.O & M.O datang terjah bed aiman. terus soalan bertubi-tubi. Allah!! mahu tak tak mahu kena layan jugalah soalan diorang.

Wad Melur 1,Esoknya...

Alhamdulillah! sepanjang malam tu,doktor round bed aiman,cek kondisi cek fizikal dan the result is Daebak!! Doktor kata,Inshaa Allah,myB hari ni boleh balik. Tak sabarnya tunggu doktor pakar ronda. Dan aku perasan hidung anak aku dah mula berair dan merah. Komfem terjangkit bed sebelah ni. Kebetulan katil sebelah,budak tu demam batuk & selsema. Bermacam-macam baby admit sebilik dengan anak aku. Kasihan sangat tengok keadaan anak-anak sebaya aiman,yang bernafas memerlukan bantuan oksigen. Ya Allah!! Jangan Engkau uji aku seperti itu,aku tak mampu :(. 

05.00pm Discharge :) !!

Sampai Dirumah??

Start dari balik Hosp,badan aiman rasa sudah mula panas. Hidung dah keluar cecair. Okey! selsema dah jadi. Macam biasala aku jaga aiman. Lepas aku susukan anak,dia akhirnya tidur juga. Sekitar pukul 10pm,aku cek suhu badan anak. Arghh!! 38.7'c!! Demam panas dah ni. Ambil towel aku basahkan dan tuam seluruh badannya. Dalam 10min camtu,aku bogelkan terus anak aku,15min kemudian cek suhu badan lagi. naik lagi ke 38.9'c. Ya Allah!! Satu malam aku tak tidur,berjaga untuk kontrol suhu badan anak. Iya! saat-saat macam ni ibu-ibu jangan ambil remeh,serangan sawan bermulanya suhu tidak terkawal 39'c ++. Dan itu sangat aku risaukan.

Hari ke-2 Demam + Selsema + Batuk

Sama seperti kelmarin,jaga suhu badan anak,sentiasa layan karenahnya yang agak pelik,sekejap itu sekejap ini. Kecil-kecil dah pandai request order :) ( Behave! ) meman perlukan kesabaran. Bila bab makankan anak ni,kena-kena lagi selera si anak hilang sebab demam batuk selsema ni,paksa macamna pun tetap juga terluah apa yang disumbat. Adoii! sakitnya hati dengan sakit anak ni. Semua makanan yang anak aku suka makan aku julurkan,tapi..?? menitis airmata aku melihat anak yang dulunya selera makan bukan main selera. Apapun dia makan,tak memilih. Takpa sayang,susu kena kuat minum ya.

Hari ke-3 Demam + Selsema + Batuk + Cirit-Birit

Hari ke-3 ni awal pagi aku dah mula perasan,poo2 aiman lebih cair berbanding selalunya. Pertama tu aku just beranggapan yang aiman poo2 air sebab makan tak banyak. Tapi setiap sejam aiman membuang. Lagi serabut otak aku bila aiman cirit-birit. Aku call husband " si bb berak2 ni yang ". Bah! husband kata petang ni bawa pi klinik. Macam biasala klinik akan bgi ORS. Aku dah biasa bagi ni dekat baby masa posting study dulu. Ingatkan berkesan sangatlah ORS tu,pendekkan cerita ( Entri limited hehe!! ) hampir seminggu jugalah anak aku demam batuk selsema dan cirit birit. Dan seminggu jugala aku berkorban tak tidur. Demi Allah!! aku boleh kira jam aku tidur masa anak aku sedang sakit. Tapi sangat indah aku rasa bila anak sembuh ditangan aku sendiri. Itulah Hikmat tangan seorang IBU! 

Hari ke-7 Ada okey laa :)

Badan anak dah kurus,weight drop habis :( sedihnya!! takpa Allah Uji aku. Selera anak dah kembali,dah mula bermain dengan baby walkernya. Masa demam tu jangan harap. asyik nak digendong saja beb. mamy & abbi tangan dah cramp wahaha!! demi kasih sayang kami sanggup jua. Cuma ada bertabiat sikit lah,tak macam dulu anak aku ni,gud boy seja dia,sejak dari sakit ni adoyaii manja bukan main. Semuanya agak sensitif buat dia. Tapi aku faham dia baru saja nak betulkan semula mood & emosinya kan anak mamy! :) cyg bah anak mamy.

Pengalaman??

Ofkos ini semua pengalaman sorang ibu. Bukan aku sahaja mengalaminya,setiap wanita yang bergelar ibu merasainya. 

Apa yang aku dapat??

Pengalaman terindah dalam hidup,menjadi sorang yang kuat,sorang yang sabar. Sanggup tidak tidur untuk pastikan anak selesa,selamat & sihat. Sabar dengan Ujian Allah sebab ini semua kerja Allah,sakit itu kn penghapus dosa hihi. Iye kerr?? iya! bukan anak aku saja yang sakit,aku juga turut rasa sakit. Sebab darah & daging anak aku tu semuanya dari darah & daging aku juga. Sebab tu aku yang terasa lebih > Bonding!!

P/S untuk diri sendiri ^_^

Berkorban untuk orang tersayang amat terindah dalam kamus hidup ku. Jika diberi ujian seperti ini atau lebih teruk dari ini ( Nauzubillahminzalik ) Aku akan tempuhi,Jangan banyak merungut,sebab bila kita merungut semua benda jadi susah & rumit. Banyakkan berdoa jika diuji seperti ini,kerana.....

"Doa Seorang Ibu Itu...MAKBUL!!"

Alhamdulillah!! Selesai ^_^

Assalamualaikum,,