Thursday, September 26, 2013

Servay Hypermarket

Petang tadi husband balik kerja ajak kuar untuk beli barang,okey jugalah sebab kebetulan barang anak aku dah nak habis. So list dah ready tulis,dah menjadi kebiasaan aku lah tulis apa yang nak dibeli. ( takmo miss stuff ). Tempat febret kitaorang laki bini komfem Servay Hypermarket,Putatan. Dari masa preggy aiman lah asyik ketagihnya aku kesana hihi. Sebab aku paling suka minuman yang ada pearl tu Milky Tea Pearl. Inilah yang aku sukakan sangat masa preggy dulu,sebab tu lah anak aku kecik jer masa lahir 2.5kg :D

So,sampai jer hypermarket tu ahh mulalah cari barang itu ini,bestnya aku yang tolak troli tu,husband aku ambik turn gendong baby aiman,aku tak larat sebab anak aku ni dah hampir sama berat dengan beras haha!! dah 5.5kg adoii tak sanggup aku. Ambik itu ambik ini,akhirnya hampir penuh jugalah troli kitaorang :P ( Pic takda,segan org seblah aku asyik pandang ) 

Naik 2nd floor, ahh tempat paling aku suka jejak hihi. Semuanya khas untuk pakaian,dari pakaian lelaki.perempuan dan pakaian bayi dan kanak-kanak. Aku survay baby stuff,nak belikan aiman sehelai dua pakaian,al-maklum lah badan dah fit so banyak baju dia dari new born dah tak muat. Tengah siok-2 pilih itu ini,husband nak minta ganti pulak gendong aiman,dia pun dah fed up angkat anak dia hahaha!! tu lah pasal kasi minum anak susu anmum,kan dah besooorr :D

so ganti carrier la..amboiiyaii memang sebijik macam aku tengah gendong 5kg beras haha. Berat sungguh engkau nak.Dah aku pegang anak,laki aku mak aii sibok juga dia cari baju,okey follow jer lah laki kita ke mana pun,hampir sepuluh minit cari-2 baju,akhirnya tali pinggang jak yang dia beli. Haprakkss kaki aku doii!!

Tak sanggup aku nak cari-2 barang aiman,aku mintalah bantuan suami tolong lengkapkan,sebab masa ni aiman meragam nak menyusu. Allah!! nak breastfeed dekat mana? terpaksa bagi susu botol. Aku dah stanby awal bancuh susu,sebab kalau-2 kes macam ni lah yang payah nya. Alhamdulillah lepas susu tu aiman tak buat hal dah. Kenyang perutt anak aku.

masa nilah manja-2 yer nakk

Hihi macam ni lah aku masa tu,terpaksa susukan aiman dalam market tu,nak susukan dekat kereta,alamat dengarlah tangisan merdu aiman ni. <3 :*

suka peluk aiman cam gini


Thursday, September 12, 2013

Baby Aiman 3 Bulan

12.September.2013

Ndak rasa bah masa berlalu dengan pantas,semakin hari semakin membujang anak aku ni. Alahai sayang,mummy rindu muka dan wangi aiman masa mula2 mummy beranakkan aiman.

Hari ni genap 3 bulan anak mummy,semakin hari semakin menjadi gaya manjanya. Asyik mau begepit jak dengan mummy hahaha!! hari-hari mummy cium wangian carrie junior aiman. Wangi betul nak. :* :)

Alhamdulillah masa pi review klinik pagi tadi,anak mummy happy jak,tadi ndak dapat jarum sebab stok abis dahh :( atukk!! inilah kerajaan,benda-benda begitu pun boleh teda stok. Terpaksa datang lagi hari selasa ni. Anak mummy kana jarumm!! adoii kasihan bah si botak mummy. Masa timbang tadi naik suda 5.5kg, masa 2 bulan tu 4.4kg..bah apalah ni kejadian nya aa,tagap mummy hari-hari gendong aiman wakaka!! ukuran anak mummy dari 54cm-61cm. Alhamdulillah,makin panjang kau nak.

Mummy sentiasa rindukan aiman mummy yang dulu,aiman sentiasa akan jadi baby buat mummy. I love u Aiman.


Snap!! oppss!! breastfeeding my lil boi :*

azwaaimanazie
lepas bf mesti ngodopp!!

azwaaimanazie
bzday boi #5.5kg #61cm


Wednesday, September 11, 2013

Happy Anniversary Si Laki

09.09.13

Genaplah setahun perkahwinan kami Alhamdulillah!! semoga perkahwinan ini kekal hinggalah mati yang memisahkan kita. Dari menjadi kawan sampailah dah jadi suami isteri sikap si laki tetap sama,haha!! bikin panasnya,romantiknya,kelakarnya semuanya lah langsung xda perubahan.Si my laki tetap paling ensomboi lah bagi aku haha!!

Terima kasih wahai si laki,sepanjang hidup berumahtangga dengan mu tiada yang kurang kau berikan,layanan kasih sayang dan keprihatinan semakin hari semakin menjadi hihi!! Kaulah laki teBaekkk dalam hidup ku :* sabar,berani dan paling celupar tu mulut wakakaka!! walaupun kadangnya mulut si laki ada lazerr ckit tapi ianya satu teguran buat si bini kau ni muahhh!! cayang si laki :*

tiada hadiah si bini ni mau minta,syukur tahap gaban dah banyak2 dengan Allah atas kehadiran cahayamata yang comel dan baik macam si aiman ni.Dengan rumahtangga yang bahagia begini,cukuplah bagi si bini ni.Tapi kalau ada suprise-suprise tu pun bagus juga wakakaka!! jangan tolak rezeki bah kan orang bilang.

Malan anniversary tu si laki takda bagi apa2 kejutan pun,cuma ucapan jak selamat ulangtahun,itu dah cukup untuk si bini.Sebab si laki ndak lupa juga ( Si bini suda reminder di hanpon pun ) hahaha!! ketara betul si bini mau hadiah :D :D

Selamat Ulangtahun kita yang ke-1 tahun si laki 
1st kiss si cinta Halalku

Disaat aku Halal untukmu

Lucunya ingat saat2 di ijab kabul kan.Bercampur baur tu perasaan. ##happytillJannah

Inilah hadiah termahal dalam hidupku
Nik Aiman Assyarie

Thursday, September 5, 2013

Majlis Akikah & Cukur Jambul Aiman

31.Ogos.2013

Merdeka malaysia! merdeka Sabah!

ndak rasa bulan syawal akan meninggalkan kita,suasana raya pun memang ndak rasa suda pun.Hari ni hari merdeka,hari cuti dan hari anakku cukur jambul.Adoii punya penat dari seminggu sebelum majlis.Mak mertua sibuk buat biskut raya,si laki sibuk cari kambing arhh ni satu hal pasal kambing,bikin hypertension! hihi!

Lebih senang katakan memang penatlah bah.Alhamdulillah ipar2 banyak membantu,saudara mara laki banyak sumbangkan tenaga dan masa untuk majlis Aiman ni. biktenk larr :)

Majlis kami mulaikan selepas solat zohor,alhamdulillah sanak saudara,orang2 kampung ramai yang hadir.Aku dah sibuk dalam bilik bagi Aiman susu,supaya kenyang dan ndak meragam.hihi campin kan mummy dia ni.Siap2 posing lagi.Klik! klik! klik! siap 10 posing hahaha!!

Ini gambar sepanjang majlis :) :)


                                                               Ehem!! yang ni mem besar sama Gg junior :D



                                                                Ni lah si owesome boi tu #bigboss majlis hari tu ;)

#kalau sarung tangan ndak pakai itulah pebret dia,hisap jari dan gosok2 kepala.Haha!! sebijik gaya abbi dia.Kata orang manakan tumpah kuah kalau tidak ke nasi.Yer ndak??


                Belah kanan aku tu cinta hatiku,belah kiri ni intan permataku.LuvBothOfyOu

Abbi gendong Aiman

Ini jak yang mampu aku nak post hihi,macam ndak larat mau upload suma pic masa majlis tu.Apa pun syukur ku panjat pada yang maha Esa,segalanya berjalan dengan lancar,sempurna dah rasanya 1 tanggungjawab sebagai ibu bapa.Memang banyak ujian dan cobaan dalam menempuh alam rumahtangga ni,lebih2 lagi sudah punya cahayamata.Makin berat dan besar tanggungjawab tu.

InshaAllah dengan adanya ilmu agama sedikit sebanyak boleh didik anak mengenal dan menyukai agama InshaAllah.Harapan semoga baby Aiman mummy dan abbi ini bila besar kelak jadi anak yang soleh,baik dan berbakti pada mummy dan abbi bila sudah tua.Aamin Ya Rabb