Wednesday, November 27, 2013

Si Apam Polkadot Si Apam Bater

Assalamualaikum,

Hari ni mamy Aiman nak update pasal apam pulak, Tadi pagi Alhamdulillah rezeki Allah bagi,seorang wanita kononnya nak buat tempahan untuk majlis tunangnya awal Disember ni. Terkejut juga sebabnya tidak mengenali langsung si wanita ni. Dia kata pernah ternampak mamy post gambar apam ni di wall FB mamy.Wow!! syioknya ada yang berminat,padahal mamy just post sebab happy hasil tangan menjadi waktu tu. Takda niat promote okey :)

So si wanita tadi tanyalah kalau mamy boleh ambil tempahan. Mamy kata bukan tak boleh,sebenanrnya mamy bukannya mahir sangat pun,yang champion nya asben mamy. Uishh!! dia yang terer sebenarnya. Jadi mamy mau bincang dengan asben dululah,mau buat atau tidak. Sebenarnya dalam hati mau dong haha. Duit maarii bah.

Kalau asben benarkan,wah! memang best. Aku paling suka buat benda ni,walaupun agak leceh,makan masa nak siapkan. Tapi sebab warna dan kecomelannya membuatkan aku semangat waja! Uishh!! amat semangat. So aku upload gambar-gambar polkadot yang pernah aku buat. Taklah cantik mana pun tapi bolehlah bah. haha!

#repost apam polkadot


Boleh dipelbagai perisa

#repost apam bater
Ini hanya perisa bater/butter 

Ahh inilah yang mamy belajar dari encik asben. Asben mamy sejak azalinya kali dah pandai masak semua ni. Terima Kasih ya Allah pertemukan aku dengan insan yang berbakat sepertinya. Love You Mr Husband.
so sapa rasa-rasa dirinya berbakat bolehlah cuba google resepi polkadot ni dekat tenet kan. Maii kita latih dan asah bakat kita,apatah lagi seorang isteri dan surirumah macam mamy.

Okey sampai sini dulu mamy isi entri ni,kalau ada benda menarik lagi akan mamy kongsikan dalam belog mamy Aiman ni ya.



Wednesday, November 20, 2013

Babyto 5 Month and 8 days

Assalamualaikum,

Hari ni mamy aiman mau kasi tau pasal susu rumusan bayi. Terus terang aku katakan anak aku dah minum FM sejak umur 4hari,sebab masa tu air susu aku tak banyak keluar,bengkak jak bukan kepalang bikin demam dekat aku. Kena lagi time tu anak aku makoii kuning bukan main lagi >287,so admit hospital. Dari situ ada seorang misi ni baik sangat,dia yang suggest campur susu supaya kuning anak aku cepat turun. Masa yang sama ma inlaw pun sibuk gak suruh campur susu. Aku sedih! aku tak berjaya dalam penyusuan penuh susu ibu. Sedih yang amat sedih :(

Susu formula pertama yang aku bagi minum enfalac langkah 1,Alhamdulillah cepat sangat turun kuning,pastu berat badan anak aku bertambah sekilo dalam masa 2 minggu,dipendekkan cerita aku tukar susu sebab anak aku sembelit,dapat nasihat doktor suruh cairkan susu,but it still same,tukar pegi Dumex brand.

So far in few day anak aku minum okey jak,tiada pulak tanda sembelit,tapi ada masuk news Dumex brand ada jangkitan kuman,sangatlah stress waktu tu sebab takut yang amat kalau2 betul anak aku kena. Tawakal dan doa. Malam tu juga aku dan asben pegi beli susu baru. Kali ni kitaorang change to Anmum Brand.

Anmum ni anak aku minum lebih kurang 2 bulan,awalnya tu okey,najis kaler kuning,lembut memang najis baby. Tapi dia tak buang air setiap hari,kadang selang sehari. Tidak pun 2 hari camtu baru buang air. Jumpa doktor lagi,doktor kata itu normal jika ada selang sehari. Jangan sehingga 5 hari baru anak buang air,itu dah abnormal. tapi selepas 2 bulan guna susu ni,aku tukar sebab berat badan anakku tak naik,maybe susu tak sesuai agaknya, asben kita dah bising balik2 nak tukar. So pilih lagi,tertarik dengan Isomil brand sebabnya full of soy. kononnya baik sangat,beranggapan berat badan anak naik kalau minum susu ni. Awal2 nya memang ok,dah nampak perubahan dekat anak,badan dah semakin gempal,pipi dah terlabuh haha. adoii siok betul! :) tapi aku dan asben perasan dlam 3 hari baru dia buang air,tapi keras tak seperti selalunya. Risau tahap gaban,bincang2 dengan asben,okey kita laki bini nak tengok dalam seminggu dua kalau ada perubahan,tapi result tetap sama,sembelit! najis keras! keluar pun sikit macam taik kambing. Allah!! tak keruan aku.

Binggung nak cari susu yang sesuai,sekarang aku dan asben bagi minum susu lactogen,search google,tanya member yang guna susu ni untuk anak diorang. Semuanya positif. Inshaallah!! harap ini yang terbaik untuk anakku. Tak tau dah nak cari susu apa. Nak cari yang mahal,aku dan asben bukannya mampu,so beli yang murah jika kualiti baguskan. Kata orang yang mahal belum tentu bagus,yang murah belum tentu tak bagus. Dalam kehidupan harus memilih,tapi jangan sampai tersalah pilih,macam aku hihi.

So mummies semua,jika hendak tukar susu tu eloknya kita rujuk yang pakar. Kesian dekat anakkan,Jangan jadi macam aku main hentam jak,sebabnya nak terbaik untuk anak,hakikatnya boleh menyusahkan anak hihi. Pengajaran buat diriku sendiri.

Okeylah,setakat ni jak kot..
ada stori aku bla bla bla dekat sini okeyy
Good Night and Assalamualikum :*