Saturday, October 12, 2013

Aiman 4 Bulan

12.10.13

Sekejap jak rasanya beranak kan,sekarang anak aku dah masuk 4 bulan,adoii tak rasanya nak. Appoitment klinik 24/10/13 ni dekat KD Pengalat. Untuk 4 bulan aiman just timbang berat dan sukat panjang,harap-2 lah ada peningkatan lagi,Kalau BMI aiman susut aku tak mau lah jumpa Doktor-2 ni,leceh!

Perkembangan si kecil setakat ini Alhamdulillah,dah pandai hisap jari dah pandai terbalik,tiarap bukan main.ke kiri ke kanan,aku letak dikatil pun rasa fobia,banyak imagine lagi tu.Apa lagi kalau simpan aiman di katil ya Allah!! kejap-2 tengok dia,kerja apa pun stucked. Kebimbangan semakin menjadi-2 sejak aiman pandai itu ini,risau dia capai apa-2 objek kecik bagi masuk dalam mulut. Sedangkan biskut abbi dia bagi pegang cepat betul dia nak sumbat dalam mulut,Allah!! apa lagi kalau dia dah mula belajar mengensot,komfem aku high blood pressure terkejar-kejar dia :D

Paling best lagi,setiap pagi tu,mesti suara dia yang buat aku dan husben terjaga,celotehnya mai aii macam ada kawan dia ajak berbual,paling indah lagi ya Allah! mesti dia bagi senyuman yang paling indah buat aku,mengantuk dan penat terus hilang bila nampak senyuman manis dia. Dan sekarang ni dah jadi ketagih jadi tukang gambar,apa saja gaya yang dia buat mesti snap! snap! dan snap! tup tup full memori wakaka!! sejak ada aiman ni,dah jadi tabiat suka edit gambar hihi.Tak baik punya habit sebagai mak haha!! aku tak mau setiap kenangan yang terjadi setiap hari antara aku dan anak aku aiman terbuang/terabai.Tak mau terlepas pandang memori bersama anak.Aishh taktau lagi lah ni kalau dah bekerja,komfem nangis-2 angau ingat aiman,yala sekarang dah 4 bulan tak berenggang pun,tetiba konon dapat kerja,Allah!! plezz jauhkan sikap cengeng! takmau itu.

Okey lah sampai sini saja
dapat isi entri ni,ada sedikit gambar si kecil ni sekitar umur 4 bulan. :)

ah tu suka masukkan tangan dalam mulut :*
 
aiman nak jadi superman ni mumy
haha!! tilam pun sedap juga ni mumy <3
       
mumy tak bagi puting concot




bila dah snap bebanyak,jom edit!!

tadaa!! mumy loike it!


p/s sebagai mumy muda ni,sentiasa ingin melihat anak membesar baik dan sihat.Mumy owez love u babyy emuah! emuah!

Friday, October 4, 2013

Swollen + Fever

Alamdulillah hari ni badan rasa dah sihat. 2 hari lepas aku demam sebab breast swollen. Allahu!! biarpun dah 2nd time kena camni tapi rasanya inilah yang paling teruk. Awal subuh hari pertama dah rasa bengkak.Rasanya aiman dah banyak hisap susu,tapi sebab air susu terlalu banyak agaknya kan,memang tak dapat kontrol air susu ni. Aku dah pump start rasa sakit sikit dan dah kencang sikit breast tu.Lepas pump terpaksa kejutkan aiman untuk hisap susu,tapi aiman dah terlalu kenyang dan tertidur sampaikan menitis air susu aku dekat muka dia. Lepas tu aku sambung lah tidur semula. Dekat waktu subuh kiranya dalam pukul 5 pagi, situ dah mula rasa sakitnya,badan pun rasa sejuk mengigil nak demam,badan rasa lemah semacam.Bangunkan anak bagi susu,tapi hampeh sakit siot!! nipple pun dah keras,bagi hisap sebelah ada ok sikit.Sebabkan breast belah kanan ni air susu tak kuar,demam aku jadilah masa tu. Apa lagi emosi tak keruan,nasib baik husband amik cuti tolong itu ini seharian. angkat anak untuk susukan pun dah tak larat. Masa tu nangis jelah yang aku tahu.

Husband dah tolong sedaya upaya hilangkan bengkak,macam cara dah kami buat masa tu,dari pump sampai picit sendiri supaya air susu keluar.lebih dari 10x dah tuamkan breast dengan air suam. Tapi bengkak tak juga surut.Asyik nangis jer sampai husband tak sampai hati agaknya,bawalah kita ni gi klinik.So doktor bagi ubat demam,antibiotik,tahan sakit dan ubat turunkan bengkak. Then doktor pun ada bagi advice supaya usaha lagi pump,memang normal rasa sakit tu kata si doktor. Herm doktor yang rasanya aku :P
Sampai rumah,makan nasi sikit then makan ubat.lepas tu usaha sampai banyak air susu kuar.Alhamdulillah keluar gak,ada rasa selesa sikit dah,tapi demam tu Allah nak bagi extra test untuk aku,pi aku kuatkan semangat untuk anakku,kasihan dia kalau aku asyik manjakan demam tu.Selang 20 minit aku susukan aiman then pump pastu susukan dia lagi.Akhirnya kebah juga bengkak tu.Inilah agaknya pengorbanan ibu-2 kita. Sakit beranak jangan cakap,belum dikira sakitnya bersengkang mata saat anak meragam diusia sebulan awal,sakit breast bengkak camni.walaupun aku ni rajin susukan anak,rajin pump susu,mungkin Allah nak uji aku.Sebab satu anugerah dan pahala ketika menyusukan anak.Terima kasih Ya Allah!!

#terima kasih pada en.suami yang sweet. love u sayang

Tuesday, October 1, 2013

Let's move on Hubby :O

Hari ni rasa nak nangis,tapi tahan sikit sebab tak cantik nampak cengeng. Kiranya konon bulan 12 ni genap anak aku 6 bulan nak pindah rumah. Dah lama sangat kami tinggalkan rumah tu. Bukan nak berontak dekat family husband sebab tak bagi pindah buat masa ni,okey aku sangat memahami punya orang. Tapi aku perlukan privasi sendiri,rasa nak selesa dirumah sendiri. Bukan kata sebumbung dengan mertua sangat merimaskan,tapi apa yang nak dilakukan sangat terbatas. Aku jenis suka deko itu ini,so bila bukan berada dirumah sendiri rasa blankk! right??

Bersyukur sangat dapat keluarga mentua yang baik sangat,kena-2 aku ni menantu sulung dan anak aku ni cucu pertama dalam keluarga husband,apa tak lebih sayang diaorang dekat aku dan baby Aiman. Ya Allah!! bagi aku petunjukMU,aku tak mahu mak mertua ku terasa hati,tapi aku tak mahu juga rasa makan hati.help!

Mak mertua takmau aku dan husband pindah rumah selagi aku belum berkerja,yups aku tahu sebabnya.Tapi jiwa aku ni meronta-ronta mau rasa berdikari tinggal sendiri bersama husband dan anak. Mak mertua actually tak halang,tapi berat rasa hati dia nak berpisah dengan cucu sulung dia. Okey buat masa ni aku dan husband tengah pujuk sikit-2 hati mak,supaya benarkan kami tinggal sendiri. Bapa mertua aku sangat sporting punya orang,dia tak halang sebab baginya kami dah matang untuk fikirkan masa depan anak dan keluarga kami. Mak pliss!! bagi kepercayaan sikit dekat kita orang :D

Sayang semakin menebal jugak dengan mak mertua,rasanya tak sanggup juga nak berpisah ni. Sebab setiap hari aku lah yang urus rumah,dari membersih sampailah makan minum mereka aku ambil alih. Sebab tu mak mertua sayang sangat tu hihi. Okey lepas ni harus lebih tunjuk kan konsisten aku untuk uruskan rumahtangga. mana tau mak mertua percaya aku paasti boleh uruskan rumah,husband dan anak dalam satu masa. Okey wana chayo! chayo!

p/s : pujuk hati mak mertua sedalam-dalamnya XD