Wednesday, December 11, 2013

Makanan Pertama Si Manja

Assalamualaikum,

Malam2 buta tak dapat tidur,pikir punya pikir buka laptop dan belog :) ( layan boring )

Okey,hari ni genap 6 bulan anak mamy si aiman ni. Alhamdulillah besar dan sihat walaupun tidak susu badan sepenuhnya. (Failed!!). So esok pagi baby aiman akan mula makan makanan dia yang pertama ( ah! ni PASS! ) :)

Ni mamy mau cerita sikitlah pasal makanan pertama anak kan,sebagai seorang ibu kepada anak pertama ni memang lain benar rasa terujanya,semua benda yang terbaik untuk anak mamy google,baca. Nak perfect habis lah katakan. Yelah bukan apa,rata2 yang mamy nampak dekat sekeliling,begitu tidak menghiraukan bahaya dan kesannya memberi makan pada anak dibawah umur 6 bulan.Ishh! Ishh! Ishh! mamy takmo lah jadi seperti tu. So mamy mulakan pemakanan aiman dengan puree pear+banana 4 day rules.nyummm!! macam sedap jew

Siapa yang tidak kenal dengan buah pisang,disamping khasiatnya,ia juga senang didapati dan murah. Buah pisang ni sangat disarankan pada bayi kerana teksturnya yang lembut mudah untuk dihadam juga kandungan jizi yang penting dalam kandungan pisang seperti  kalium ( pada tengah pisang ),Vit C B2 B6 dan mineral lain. Tapi harus diingat,pisang juga boleh menyebabkan sembelit jika diambil dalam kuantiti yang banyak. Tapi mamy akan selang-seli kan aiman makan pisang. risau juga bila dah syiok tengok anak makan berselera sampai terlupa pulak akibatnya.

Kalau buah pear,khasiat yang ada ( mamy google ) :) selain rasanya yang manis,pear mengandungi banyak hasil Vitamin seperti A,B,C,NIASIN,FOLAT,KALIUM,KALSIUM dll ( terlalu banyak,entri agak padat ) hehe. Dan paling best buah pear rendah kandungan sodium dan tidak menghasilkan lemak yang tidak baik. Pear ni dapat mengelakkan sembelit pada baby sekaligus mengatasinya.

Aaa..ini saja yang mamy dapat tulis,actually banyak lagi khasiat buah yang boleh diberikan pada anak untuk makanan pertama mereka.Yang penting baik dan tidak memudaratkan. Harus momies diluar sana tahu,elakkan memberi anak makan seperti telur ( terutama putih ) kerana mengandungi bakteria salmonella,makanan laut,kekacang,citrus food,yeast/cheese dan madu. kenapa madu tak boleh?? http://mrs.3daysafter.net/
tak reti mamy nak Xplain,korang baca mesti korang akan faham.

Setelah menjadi ibu ni,mamy dah banyak membaca,honestly mamy bukan sorang yang suka baca pasal semua ni,tapi sejak dari preggy lagi,mamy dah ubah cara menjadi seorang yang ingin dan banyak tahu pasal info2 seperti ini. Alhamdulillah,ada kebaikannya jika kita ikut peraturan dalam membina perkembangan si manja. Paling utama,jangan peduli pada orang sekeliling yang suka mengangap kita ni agak jenis fobia,nak perfect,berasa takut anak terjadi itu dan ini. Kalau mamy,just pekak kan telinga,just look forward. Sebab mamy mahu yang terbaik untuk anak mamy dan juga untuk kebaikan / kesihatan dia pada masa hadapan.Orang lain?? ada ku kesah haha. ( gurauu )

Apa-apa pun,semoga anak2 kita sihat2 belaka dan menjadi anak yang soleh/solehah. Selamat menjadi seorang ibu yang berjaya.

Sampai sini sahaja mamy dapat tulis entri,mata sudah ngantuk pulak. Ada ilmu ada info mamy kasi tahu juga aa.. :)

Salam...
Good Night...

Tuesday, December 3, 2013

Tahukah kita??

Assalamualaikum..Holla!!

Mamy aiman nak share sikit pasal perancang kehamilan pulak.Okey ringkaskan cerita ya.
Ada kemungkinan kah mengandung walaupun sedang menggunakan perancang??
Okey mamy ada baca sikit dekat google,tanya yang pakar dalam hal sebegini, jawapannya tidak ada perancang keluarga yang 100% berkesan untuk menghalang daripada hamil. Paling-paling pun 99% keberkesanan untuk mencegah daripada hamil. So means ada 1% untuk hamil. Kecil sangat peratusannya,namun jangan pandang ianya agak mustahil sebab 1% itu ada disetiap jenis perancang yang kita gunakan seperti menggunakan alat,memakan pil,suntikan non-preg dan kondom. So kalau dah pegnen walaupun dah pakai perancang that's mean Allah dah bagi rezeki lah tu. :)

PIL
Mempunyai kandungan hormon sintetik mencegah hamil dalam bentuk progestogen sahaja atau kombinasi estrogen dan progesteron. 99% berkesan jika mengikut arahan dan tidak mempengaruhi hubungan seksual.

SUNTIKAN
mencegah ovulasi,menjadikan lendir servik lebih pekat untuk menyukarkan pergerakan sperma dan menjadikan dinding servik nipis dan tidak sesuai untuk perlekatan janin.Berkesan hampir 100%, diambil setiap 3 bulan. Selamat dan sesuai digunakan bagi ibu yang menyusukan anak.

IMPLAN
Sejenis alat plastik berbentuk rod yang mengandungi hormon sintetik progestin. Ditanam dibawah kulit dibahagian pertengahan lengan dan dikeluarkan apabila genap 3 tahun. Hampir 100% berkesan. Selamat,memberi kesan jangka panjang dan tidak menganggu hubungan seksual.

KONDOM
Sejenis getah lembut yang disarungkan pada zakar sebelum melakukan persetubuhan untuk mencegah kehamilan dan jangkitan penyakit seksual. Ianya menghalang sperma untuk masuk kedalam rahim. 75% berkesan.Senang digunakan dan mencegah penyakit berjangkit melalui seksual.

KAEDAH PEMANDULAN WANITA
Melibatkan pembedaan kecil ke atas wanita dimana kedua-dua salur falopian diikat. Satu pembedahan yang ringkas,berkesan 99%. Selamat,mengahalang penyakit radang pelvik dan tidak menganggu hubungan seksual.

KAEDAH PEMANDULAN LELAKI
Melibatkan pembedahan kecil ke atas lelaki dimana kedua-dua salur sperma diikat.Pembedahan yang ringkas.99% bekesan,selamat,memudahkan pasangan kerana tidak perlu mengamalka kaedah kontraseptif yang lain dan tidak menganggu hubungan seksual.
 (Sumber diperoleh dari Google)

Kesimpulannya,apa yang mamy aiman rasa,mana-mana kaedah yang kita gunakan untuk mencegah hamil ni,biarla dengan niat yang betul. Jangan terasa dengan adanya anak yang ramai kita rasa terbeban. Jika Allah bagi kita terima dengan hati yang terbuka. Sebab Allah tahu akan hidup hamba-hambanya. Biarlah melahirkan anak itu kita jadikan sebagai satu ibadat buat kita. Rezeki si anak itu Allah dah bagi. Okey

Baiklah,hari ni sajalah yang mami dapat share dengan mamies semua. Kita kongsi-kongsi ilmu yang ada.

Assalamualaikum,
Daa.... :D

Wednesday, November 27, 2013

Si Apam Polkadot Si Apam Bater

Assalamualaikum,

Hari ni mamy Aiman nak update pasal apam pulak, Tadi pagi Alhamdulillah rezeki Allah bagi,seorang wanita kononnya nak buat tempahan untuk majlis tunangnya awal Disember ni. Terkejut juga sebabnya tidak mengenali langsung si wanita ni. Dia kata pernah ternampak mamy post gambar apam ni di wall FB mamy.Wow!! syioknya ada yang berminat,padahal mamy just post sebab happy hasil tangan menjadi waktu tu. Takda niat promote okey :)

So si wanita tadi tanyalah kalau mamy boleh ambil tempahan. Mamy kata bukan tak boleh,sebenanrnya mamy bukannya mahir sangat pun,yang champion nya asben mamy. Uishh!! dia yang terer sebenarnya. Jadi mamy mau bincang dengan asben dululah,mau buat atau tidak. Sebenarnya dalam hati mau dong haha. Duit maarii bah.

Kalau asben benarkan,wah! memang best. Aku paling suka buat benda ni,walaupun agak leceh,makan masa nak siapkan. Tapi sebab warna dan kecomelannya membuatkan aku semangat waja! Uishh!! amat semangat. So aku upload gambar-gambar polkadot yang pernah aku buat. Taklah cantik mana pun tapi bolehlah bah. haha!

#repost apam polkadot


Boleh dipelbagai perisa

#repost apam bater
Ini hanya perisa bater/butter 

Ahh inilah yang mamy belajar dari encik asben. Asben mamy sejak azalinya kali dah pandai masak semua ni. Terima Kasih ya Allah pertemukan aku dengan insan yang berbakat sepertinya. Love You Mr Husband.
so sapa rasa-rasa dirinya berbakat bolehlah cuba google resepi polkadot ni dekat tenet kan. Maii kita latih dan asah bakat kita,apatah lagi seorang isteri dan surirumah macam mamy.

Okey sampai sini dulu mamy isi entri ni,kalau ada benda menarik lagi akan mamy kongsikan dalam belog mamy Aiman ni ya.



Wednesday, November 20, 2013

Babyto 5 Month and 8 days

Assalamualaikum,

Hari ni mamy aiman mau kasi tau pasal susu rumusan bayi. Terus terang aku katakan anak aku dah minum FM sejak umur 4hari,sebab masa tu air susu aku tak banyak keluar,bengkak jak bukan kepalang bikin demam dekat aku. Kena lagi time tu anak aku makoii kuning bukan main lagi >287,so admit hospital. Dari situ ada seorang misi ni baik sangat,dia yang suggest campur susu supaya kuning anak aku cepat turun. Masa yang sama ma inlaw pun sibuk gak suruh campur susu. Aku sedih! aku tak berjaya dalam penyusuan penuh susu ibu. Sedih yang amat sedih :(

Susu formula pertama yang aku bagi minum enfalac langkah 1,Alhamdulillah cepat sangat turun kuning,pastu berat badan anak aku bertambah sekilo dalam masa 2 minggu,dipendekkan cerita aku tukar susu sebab anak aku sembelit,dapat nasihat doktor suruh cairkan susu,but it still same,tukar pegi Dumex brand.

So far in few day anak aku minum okey jak,tiada pulak tanda sembelit,tapi ada masuk news Dumex brand ada jangkitan kuman,sangatlah stress waktu tu sebab takut yang amat kalau2 betul anak aku kena. Tawakal dan doa. Malam tu juga aku dan asben pegi beli susu baru. Kali ni kitaorang change to Anmum Brand.

Anmum ni anak aku minum lebih kurang 2 bulan,awalnya tu okey,najis kaler kuning,lembut memang najis baby. Tapi dia tak buang air setiap hari,kadang selang sehari. Tidak pun 2 hari camtu baru buang air. Jumpa doktor lagi,doktor kata itu normal jika ada selang sehari. Jangan sehingga 5 hari baru anak buang air,itu dah abnormal. tapi selepas 2 bulan guna susu ni,aku tukar sebab berat badan anakku tak naik,maybe susu tak sesuai agaknya, asben kita dah bising balik2 nak tukar. So pilih lagi,tertarik dengan Isomil brand sebabnya full of soy. kononnya baik sangat,beranggapan berat badan anak naik kalau minum susu ni. Awal2 nya memang ok,dah nampak perubahan dekat anak,badan dah semakin gempal,pipi dah terlabuh haha. adoii siok betul! :) tapi aku dan asben perasan dlam 3 hari baru dia buang air,tapi keras tak seperti selalunya. Risau tahap gaban,bincang2 dengan asben,okey kita laki bini nak tengok dalam seminggu dua kalau ada perubahan,tapi result tetap sama,sembelit! najis keras! keluar pun sikit macam taik kambing. Allah!! tak keruan aku.

Binggung nak cari susu yang sesuai,sekarang aku dan asben bagi minum susu lactogen,search google,tanya member yang guna susu ni untuk anak diorang. Semuanya positif. Inshaallah!! harap ini yang terbaik untuk anakku. Tak tau dah nak cari susu apa. Nak cari yang mahal,aku dan asben bukannya mampu,so beli yang murah jika kualiti baguskan. Kata orang yang mahal belum tentu bagus,yang murah belum tentu tak bagus. Dalam kehidupan harus memilih,tapi jangan sampai tersalah pilih,macam aku hihi.

So mummies semua,jika hendak tukar susu tu eloknya kita rujuk yang pakar. Kesian dekat anakkan,Jangan jadi macam aku main hentam jak,sebabnya nak terbaik untuk anak,hakikatnya boleh menyusahkan anak hihi. Pengajaran buat diriku sendiri.

Okeylah,setakat ni jak kot..
ada stori aku bla bla bla dekat sini okeyy
Good Night and Assalamualikum :*

Saturday, October 12, 2013

Aiman 4 Bulan

12.10.13

Sekejap jak rasanya beranak kan,sekarang anak aku dah masuk 4 bulan,adoii tak rasanya nak. Appoitment klinik 24/10/13 ni dekat KD Pengalat. Untuk 4 bulan aiman just timbang berat dan sukat panjang,harap-2 lah ada peningkatan lagi,Kalau BMI aiman susut aku tak mau lah jumpa Doktor-2 ni,leceh!

Perkembangan si kecil setakat ini Alhamdulillah,dah pandai hisap jari dah pandai terbalik,tiarap bukan main.ke kiri ke kanan,aku letak dikatil pun rasa fobia,banyak imagine lagi tu.Apa lagi kalau simpan aiman di katil ya Allah!! kejap-2 tengok dia,kerja apa pun stucked. Kebimbangan semakin menjadi-2 sejak aiman pandai itu ini,risau dia capai apa-2 objek kecik bagi masuk dalam mulut. Sedangkan biskut abbi dia bagi pegang cepat betul dia nak sumbat dalam mulut,Allah!! apa lagi kalau dia dah mula belajar mengensot,komfem aku high blood pressure terkejar-kejar dia :D

Paling best lagi,setiap pagi tu,mesti suara dia yang buat aku dan husben terjaga,celotehnya mai aii macam ada kawan dia ajak berbual,paling indah lagi ya Allah! mesti dia bagi senyuman yang paling indah buat aku,mengantuk dan penat terus hilang bila nampak senyuman manis dia. Dan sekarang ni dah jadi ketagih jadi tukang gambar,apa saja gaya yang dia buat mesti snap! snap! dan snap! tup tup full memori wakaka!! sejak ada aiman ni,dah jadi tabiat suka edit gambar hihi.Tak baik punya habit sebagai mak haha!! aku tak mau setiap kenangan yang terjadi setiap hari antara aku dan anak aku aiman terbuang/terabai.Tak mau terlepas pandang memori bersama anak.Aishh taktau lagi lah ni kalau dah bekerja,komfem nangis-2 angau ingat aiman,yala sekarang dah 4 bulan tak berenggang pun,tetiba konon dapat kerja,Allah!! plezz jauhkan sikap cengeng! takmau itu.

Okey lah sampai sini saja
dapat isi entri ni,ada sedikit gambar si kecil ni sekitar umur 4 bulan. :)

ah tu suka masukkan tangan dalam mulut :*
 
aiman nak jadi superman ni mumy
haha!! tilam pun sedap juga ni mumy <3
       
mumy tak bagi puting concot




bila dah snap bebanyak,jom edit!!

tadaa!! mumy loike it!


p/s sebagai mumy muda ni,sentiasa ingin melihat anak membesar baik dan sihat.Mumy owez love u babyy emuah! emuah!

Friday, October 4, 2013

Swollen + Fever

Alamdulillah hari ni badan rasa dah sihat. 2 hari lepas aku demam sebab breast swollen. Allahu!! biarpun dah 2nd time kena camni tapi rasanya inilah yang paling teruk. Awal subuh hari pertama dah rasa bengkak.Rasanya aiman dah banyak hisap susu,tapi sebab air susu terlalu banyak agaknya kan,memang tak dapat kontrol air susu ni. Aku dah pump start rasa sakit sikit dan dah kencang sikit breast tu.Lepas pump terpaksa kejutkan aiman untuk hisap susu,tapi aiman dah terlalu kenyang dan tertidur sampaikan menitis air susu aku dekat muka dia. Lepas tu aku sambung lah tidur semula. Dekat waktu subuh kiranya dalam pukul 5 pagi, situ dah mula rasa sakitnya,badan pun rasa sejuk mengigil nak demam,badan rasa lemah semacam.Bangunkan anak bagi susu,tapi hampeh sakit siot!! nipple pun dah keras,bagi hisap sebelah ada ok sikit.Sebabkan breast belah kanan ni air susu tak kuar,demam aku jadilah masa tu. Apa lagi emosi tak keruan,nasib baik husband amik cuti tolong itu ini seharian. angkat anak untuk susukan pun dah tak larat. Masa tu nangis jelah yang aku tahu.

Husband dah tolong sedaya upaya hilangkan bengkak,macam cara dah kami buat masa tu,dari pump sampai picit sendiri supaya air susu keluar.lebih dari 10x dah tuamkan breast dengan air suam. Tapi bengkak tak juga surut.Asyik nangis jer sampai husband tak sampai hati agaknya,bawalah kita ni gi klinik.So doktor bagi ubat demam,antibiotik,tahan sakit dan ubat turunkan bengkak. Then doktor pun ada bagi advice supaya usaha lagi pump,memang normal rasa sakit tu kata si doktor. Herm doktor yang rasanya aku :P
Sampai rumah,makan nasi sikit then makan ubat.lepas tu usaha sampai banyak air susu kuar.Alhamdulillah keluar gak,ada rasa selesa sikit dah,tapi demam tu Allah nak bagi extra test untuk aku,pi aku kuatkan semangat untuk anakku,kasihan dia kalau aku asyik manjakan demam tu.Selang 20 minit aku susukan aiman then pump pastu susukan dia lagi.Akhirnya kebah juga bengkak tu.Inilah agaknya pengorbanan ibu-2 kita. Sakit beranak jangan cakap,belum dikira sakitnya bersengkang mata saat anak meragam diusia sebulan awal,sakit breast bengkak camni.walaupun aku ni rajin susukan anak,rajin pump susu,mungkin Allah nak uji aku.Sebab satu anugerah dan pahala ketika menyusukan anak.Terima kasih Ya Allah!!

#terima kasih pada en.suami yang sweet. love u sayang

Tuesday, October 1, 2013

Let's move on Hubby :O

Hari ni rasa nak nangis,tapi tahan sikit sebab tak cantik nampak cengeng. Kiranya konon bulan 12 ni genap anak aku 6 bulan nak pindah rumah. Dah lama sangat kami tinggalkan rumah tu. Bukan nak berontak dekat family husband sebab tak bagi pindah buat masa ni,okey aku sangat memahami punya orang. Tapi aku perlukan privasi sendiri,rasa nak selesa dirumah sendiri. Bukan kata sebumbung dengan mertua sangat merimaskan,tapi apa yang nak dilakukan sangat terbatas. Aku jenis suka deko itu ini,so bila bukan berada dirumah sendiri rasa blankk! right??

Bersyukur sangat dapat keluarga mentua yang baik sangat,kena-2 aku ni menantu sulung dan anak aku ni cucu pertama dalam keluarga husband,apa tak lebih sayang diaorang dekat aku dan baby Aiman. Ya Allah!! bagi aku petunjukMU,aku tak mahu mak mertua ku terasa hati,tapi aku tak mahu juga rasa makan hati.help!

Mak mertua takmau aku dan husband pindah rumah selagi aku belum berkerja,yups aku tahu sebabnya.Tapi jiwa aku ni meronta-ronta mau rasa berdikari tinggal sendiri bersama husband dan anak. Mak mertua actually tak halang,tapi berat rasa hati dia nak berpisah dengan cucu sulung dia. Okey buat masa ni aku dan husband tengah pujuk sikit-2 hati mak,supaya benarkan kami tinggal sendiri. Bapa mertua aku sangat sporting punya orang,dia tak halang sebab baginya kami dah matang untuk fikirkan masa depan anak dan keluarga kami. Mak pliss!! bagi kepercayaan sikit dekat kita orang :D

Sayang semakin menebal jugak dengan mak mertua,rasanya tak sanggup juga nak berpisah ni. Sebab setiap hari aku lah yang urus rumah,dari membersih sampailah makan minum mereka aku ambil alih. Sebab tu mak mertua sayang sangat tu hihi. Okey lepas ni harus lebih tunjuk kan konsisten aku untuk uruskan rumahtangga. mana tau mak mertua percaya aku paasti boleh uruskan rumah,husband dan anak dalam satu masa. Okey wana chayo! chayo!

p/s : pujuk hati mak mertua sedalam-dalamnya XD

Thursday, September 26, 2013

Servay Hypermarket

Petang tadi husband balik kerja ajak kuar untuk beli barang,okey jugalah sebab kebetulan barang anak aku dah nak habis. So list dah ready tulis,dah menjadi kebiasaan aku lah tulis apa yang nak dibeli. ( takmo miss stuff ). Tempat febret kitaorang laki bini komfem Servay Hypermarket,Putatan. Dari masa preggy aiman lah asyik ketagihnya aku kesana hihi. Sebab aku paling suka minuman yang ada pearl tu Milky Tea Pearl. Inilah yang aku sukakan sangat masa preggy dulu,sebab tu lah anak aku kecik jer masa lahir 2.5kg :D

So,sampai jer hypermarket tu ahh mulalah cari barang itu ini,bestnya aku yang tolak troli tu,husband aku ambik turn gendong baby aiman,aku tak larat sebab anak aku ni dah hampir sama berat dengan beras haha!! dah 5.5kg adoii tak sanggup aku. Ambik itu ambik ini,akhirnya hampir penuh jugalah troli kitaorang :P ( Pic takda,segan org seblah aku asyik pandang ) 

Naik 2nd floor, ahh tempat paling aku suka jejak hihi. Semuanya khas untuk pakaian,dari pakaian lelaki.perempuan dan pakaian bayi dan kanak-kanak. Aku survay baby stuff,nak belikan aiman sehelai dua pakaian,al-maklum lah badan dah fit so banyak baju dia dari new born dah tak muat. Tengah siok-2 pilih itu ini,husband nak minta ganti pulak gendong aiman,dia pun dah fed up angkat anak dia hahaha!! tu lah pasal kasi minum anak susu anmum,kan dah besooorr :D

so ganti carrier la..amboiiyaii memang sebijik macam aku tengah gendong 5kg beras haha. Berat sungguh engkau nak.Dah aku pegang anak,laki aku mak aii sibok juga dia cari baju,okey follow jer lah laki kita ke mana pun,hampir sepuluh minit cari-2 baju,akhirnya tali pinggang jak yang dia beli. Haprakkss kaki aku doii!!

Tak sanggup aku nak cari-2 barang aiman,aku mintalah bantuan suami tolong lengkapkan,sebab masa ni aiman meragam nak menyusu. Allah!! nak breastfeed dekat mana? terpaksa bagi susu botol. Aku dah stanby awal bancuh susu,sebab kalau-2 kes macam ni lah yang payah nya. Alhamdulillah lepas susu tu aiman tak buat hal dah. Kenyang perutt anak aku.

masa nilah manja-2 yer nakk

Hihi macam ni lah aku masa tu,terpaksa susukan aiman dalam market tu,nak susukan dekat kereta,alamat dengarlah tangisan merdu aiman ni. <3 :*

suka peluk aiman cam gini


Thursday, September 12, 2013

Baby Aiman 3 Bulan

12.September.2013

Ndak rasa bah masa berlalu dengan pantas,semakin hari semakin membujang anak aku ni. Alahai sayang,mummy rindu muka dan wangi aiman masa mula2 mummy beranakkan aiman.

Hari ni genap 3 bulan anak mummy,semakin hari semakin menjadi gaya manjanya. Asyik mau begepit jak dengan mummy hahaha!! hari-hari mummy cium wangian carrie junior aiman. Wangi betul nak. :* :)

Alhamdulillah masa pi review klinik pagi tadi,anak mummy happy jak,tadi ndak dapat jarum sebab stok abis dahh :( atukk!! inilah kerajaan,benda-benda begitu pun boleh teda stok. Terpaksa datang lagi hari selasa ni. Anak mummy kana jarumm!! adoii kasihan bah si botak mummy. Masa timbang tadi naik suda 5.5kg, masa 2 bulan tu 4.4kg..bah apalah ni kejadian nya aa,tagap mummy hari-hari gendong aiman wakaka!! ukuran anak mummy dari 54cm-61cm. Alhamdulillah,makin panjang kau nak.

Mummy sentiasa rindukan aiman mummy yang dulu,aiman sentiasa akan jadi baby buat mummy. I love u Aiman.


Snap!! oppss!! breastfeeding my lil boi :*

azwaaimanazie
lepas bf mesti ngodopp!!

azwaaimanazie
bzday boi #5.5kg #61cm


Wednesday, September 11, 2013

Happy Anniversary Si Laki

09.09.13

Genaplah setahun perkahwinan kami Alhamdulillah!! semoga perkahwinan ini kekal hinggalah mati yang memisahkan kita. Dari menjadi kawan sampailah dah jadi suami isteri sikap si laki tetap sama,haha!! bikin panasnya,romantiknya,kelakarnya semuanya lah langsung xda perubahan.Si my laki tetap paling ensomboi lah bagi aku haha!!

Terima kasih wahai si laki,sepanjang hidup berumahtangga dengan mu tiada yang kurang kau berikan,layanan kasih sayang dan keprihatinan semakin hari semakin menjadi hihi!! Kaulah laki teBaekkk dalam hidup ku :* sabar,berani dan paling celupar tu mulut wakakaka!! walaupun kadangnya mulut si laki ada lazerr ckit tapi ianya satu teguran buat si bini kau ni muahhh!! cayang si laki :*

tiada hadiah si bini ni mau minta,syukur tahap gaban dah banyak2 dengan Allah atas kehadiran cahayamata yang comel dan baik macam si aiman ni.Dengan rumahtangga yang bahagia begini,cukuplah bagi si bini ni.Tapi kalau ada suprise-suprise tu pun bagus juga wakakaka!! jangan tolak rezeki bah kan orang bilang.

Malan anniversary tu si laki takda bagi apa2 kejutan pun,cuma ucapan jak selamat ulangtahun,itu dah cukup untuk si bini.Sebab si laki ndak lupa juga ( Si bini suda reminder di hanpon pun ) hahaha!! ketara betul si bini mau hadiah :D :D

Selamat Ulangtahun kita yang ke-1 tahun si laki 
1st kiss si cinta Halalku

Disaat aku Halal untukmu

Lucunya ingat saat2 di ijab kabul kan.Bercampur baur tu perasaan. ##happytillJannah

Inilah hadiah termahal dalam hidupku
Nik Aiman Assyarie

Thursday, September 5, 2013

Majlis Akikah & Cukur Jambul Aiman

31.Ogos.2013

Merdeka malaysia! merdeka Sabah!

ndak rasa bulan syawal akan meninggalkan kita,suasana raya pun memang ndak rasa suda pun.Hari ni hari merdeka,hari cuti dan hari anakku cukur jambul.Adoii punya penat dari seminggu sebelum majlis.Mak mertua sibuk buat biskut raya,si laki sibuk cari kambing arhh ni satu hal pasal kambing,bikin hypertension! hihi!

Lebih senang katakan memang penatlah bah.Alhamdulillah ipar2 banyak membantu,saudara mara laki banyak sumbangkan tenaga dan masa untuk majlis Aiman ni. biktenk larr :)

Majlis kami mulaikan selepas solat zohor,alhamdulillah sanak saudara,orang2 kampung ramai yang hadir.Aku dah sibuk dalam bilik bagi Aiman susu,supaya kenyang dan ndak meragam.hihi campin kan mummy dia ni.Siap2 posing lagi.Klik! klik! klik! siap 10 posing hahaha!!

Ini gambar sepanjang majlis :) :)


                                                               Ehem!! yang ni mem besar sama Gg junior :D



                                                                Ni lah si owesome boi tu #bigboss majlis hari tu ;)

#kalau sarung tangan ndak pakai itulah pebret dia,hisap jari dan gosok2 kepala.Haha!! sebijik gaya abbi dia.Kata orang manakan tumpah kuah kalau tidak ke nasi.Yer ndak??


                Belah kanan aku tu cinta hatiku,belah kiri ni intan permataku.LuvBothOfyOu

Abbi gendong Aiman

Ini jak yang mampu aku nak post hihi,macam ndak larat mau upload suma pic masa majlis tu.Apa pun syukur ku panjat pada yang maha Esa,segalanya berjalan dengan lancar,sempurna dah rasanya 1 tanggungjawab sebagai ibu bapa.Memang banyak ujian dan cobaan dalam menempuh alam rumahtangga ni,lebih2 lagi sudah punya cahayamata.Makin berat dan besar tanggungjawab tu.

InshaAllah dengan adanya ilmu agama sedikit sebanyak boleh didik anak mengenal dan menyukai agama InshaAllah.Harapan semoga baby Aiman mummy dan abbi ini bila besar kelak jadi anak yang soleh,baik dan berbakti pada mummy dan abbi bila sudah tua.Aamin Ya Rabb 


Thursday, August 22, 2013

Happy Birthday #2 month Baby Aiman

12.Ogos.2013

Happy Birthday again!! Every month baby Aiman akan celebrate birthday dia.Hari ni dia ndak pi review sebab tu misi2 masi cuti hari raya.Huhai!! ndak sabar pulak mau tau berat si anak ni.Hari ni abbi Aiman pulang lewat sebab ada jemputan rumah terbuka member.Dia mau bawa kunun anak n bini,tapi aku tolak kunun alasan malasss!! hihi.Memang betul pun malas,malas mau lawa2 cam teda mood tu time.

Rutin harian cam biasa lah berdua lebih baik sama anak.Hihi! Si anak pun 1 hal kuat tidur,susah pulak di bawa bermain.Bah kasi kenyang lah Aiman tidur aa. :P ( merajuk kadangnya ). Anak aku ni paling suka kalau tidur ada bunyi2,kalau teda bunyi kerap pulak dia berjaga.So aku download la lagu lulabee bedtime music khas untuk baby..amboii macam ndak boleh aiman tidur kalau teda tu musik.Aku yang dengar pun kadang macam dibuai2 hoho!! 



#Bah inilah tu kesukaan si Aiman

Balik Kampung

09.Ogos.2013@2nd Eid

Penerbangan pukul 11.00am,check in awal,Xcited kunun ni,sekali nya adoii delayed pulak pi 01.40pm.Karau kami anak beranak duduk menunggu.Si laki lagi lucu,baru berapa minit macam cacing sudah ndak keruan haha.Last2 pi beli makanan.Kasihan bah si laki.

Baby Aiman,cam biasa lah full suda perut mata tu komfem ngantuk terus.Best jugalah banyak baby cam usia Aiman naik kapal terbang.Boring makan,boring berbual so si laki dan si bini pun mau tangkap gambar lah,haha!! boring punya pasal kan tunggu flight. Macam tau2 seja si baby ni mummy n abbi dia mau posing2,dia pun bangun juga.Satu kali lah ambil gambar bertiga,walaupun guna kamera hanpon yang agak kuno hihi,yang penting anak beranak 1 gambar huahua!!

Bah ini kunun tu tabiat jakun anak beranak di balai berlepas,bikin malu kalau orang bilang,macam 1st time pulak naik kapal terbang.Arghh!! peduli lah apa orang mau cakap janji aku  bahagia hihi.


                                       Keluarga Sakinah InsyaAllah!! :) :D Smile together-gether huhu!!


                                  Inilah harta paling bermakna dalam hidupku Si Laki & Si Baby Aiman

Wednesday, August 21, 2013

Salam Lebaran Si Laki & Si Baby

08.08.2013

Syawal pertama jadi bini dan mama orang haha!! bidaknya lah rasa tapi siok huhu.Bukan semua dapat merasakan sedemikian. Raya tahun ni konon2nya sebelah si laki lah.Tahun depan baru turn beraya tempat si bini. Tapi kerinduaan sama sandakan tu aa adoii ndak dapat pulak ditahan haha!! Esok muli sandakan!! sama si baby Aiman.Anduii kecik2 sudah naik kapal terbang,yang mummy nya ni sudah tua bangkak baru merasa tu terabang2 di atas hahaha!!

Segan siott bersalam dan bermaafan dengan keluarga mentua.Tebal rasanya malu di pipi hehe.tapi satu pengalaman yang baru lagi sweet pulak tu,ada lagi mama n bapak baru.Cium tangan si laki konon minta ampun n maaf.Herm nanti lepas raya buat lagi bilang si laki haha! ndak di trust bah tu ampun. Pegi rumah saudara mara laki,adoii mau koyak sudah mulut senyum n ketawa hihi.Mesti manis2 bah tu muka baru di mesra sanak saudara kan.Palinglah siok dapat pulak si Aiman ni duit raya,banyak pulak tu.Bah aku kayaaa!! Ishh ndak malu duit anak perasan pulak duitnya hihi. Gembira juga bah sambut raya dengan family baru.Ya Allah!! Engkau kekalkanlah keharmonian rumahtanggaku suami isteri dan keluarga baruku ini.Aamin

Salam Syawal dari Tingu' Sekeluarga :)


                              Kiri Depan : Hairie,En.Edrus,Hazim,Pn.Halimah,Baby Aiman,It's Me
                                   Kiri Belakang : Hairul,Haidiee,Haziq,Hazizie ( Si Laki )



Malam Takbir Yang Sepi ;(

07.Ogos.2013

Walaupun waktu ni tengah sibuk shopping dengan anak dan laki,bila dengar paluan takbir air mata ni otomatik lah pulak keluar.Ingat arwah mama kan,sudah lebih 20 tahun arwah meninggalkan kami. Waktu arwah mama meninggal,usiaku ketika itu 7 tahun,namun aku sudah mengerti erti ditinggalkan.Aku masih ingat,sebelum mama pergi,aku langsung ndak berenggang dengannya.Setia sampai hembusan nafas terakhir.Setiap kali hari ibu,aku ndak suka untuk meraihkannya,sebab ndak dapat tahan sedih dihati.Jeles kadang kalanya dengan sahabat2ku.Tapi Allah itu Maha Adil,bapa berkahwin dengan seorang wanita yang baik,yang menjaga n mendidik kami adik-beradik macam anak sendiri.Mak tiri aku pun ada anak dengan bekas laki dia,3 orang dan sekarang kam adik beradik tiri semua tinggal sebumbung macam saudara kandung.Itulah kebesaran Allah S.W.T.

Bila beraya buat pertama kalinya setelah bergelar isteri dan ibu,bertambah lagilah sayu dihati.Tapi si laki jugalah yang menjadi penghibur hati,selalu pesan kalau rindu kirimkan buah tangan dan hadiah dengan doa.Ya! kenapa aku selalu lupa.Si laki lah juga nota peringatanku hihi!!

Doa akan selalu ku titipkan buat mama disana yaa.Rindu mama ;( sob..sob..sob

                                                         Al-Fatihah

Happy Birthday #1month Aiman

12.Julai.2013

Genap sebulan baby aiman ku sayang.Hari ni pi review klinik lah.Injek hepB 2nd dose,suntikan ni tidak menyebabkan bayi demam. Masa datang klinik sedih gak lah hati ni tengok anak-anak yang lain semua gemok2,gendut2 hihi,Aiman gendut gak lah tapi ndak semontel cam baby2 yang aku nampak ni.Tapi aku tetap bersyukur pada Allah,anakku tiada sebarang masalah,meragam herm jauh sekali haha!! Gud boi kan Aiman.

3.1kg dah si aiman,dari 2.5kg-2.7kg-3.1kg ( Kiraan dari mula lahir,20hari dan 1 bulan ).Panjang Aiman 52cm.Hihi budak panjang bah ni.Mybe kalau Aiman besar mesti tinggi ni.Perkembangan untuk bayi 0-1 bulan ni adalah sudah pandai membalas senyuman.Aiman jangan cakap,siap menjeling lagi haha ( ketara kumpaww). Selain tu,baby dah memandang muka,menghala pandangan ke cahaya dan terkejut kalau terdengar bunyi yang kuat.Alhamdulillah,semua tu Aiman dah lepas. Jadi aku mau nekad juga teruskan penyusuan susu badan ni InshaAllah selagi aku ndak kerja,tapi terpaksa mix jugalah susu Aiman sebab nanti ada urusan penting,susah pulak lepasnya haha!!

Happy Birthday my baby boy!! Emuuaahh!!


                                                                   Muka Fresh dari ladang :) no edited! :P hehe

Berpantang Time!!

Masa berpantang pulak jangan citer lah,banyak stori hihi.Aku bukan jenis yang tahan hati mau elak makan itu makan ini.Masa ni kena latih diri lah nampaknya kan. Mak mertua bilang jangan makan ikan yang bisa-bisa,makan yang bikin anak gatal n kembung perut contohnya seafood :P .So far teda juga lah aku langgar pantang2 ni.
Aku punya jenis mana makan sup2 kalau teda simpan halia.Langsi bah orang sabah bilang huhu.Mama mentua bilang jangan nanti bikin kuning aiman. 

Bila aiman sudah masuk sebulan,bah ada sudah aku langgar pantang makan n minum.Minum sejuk,makan pedas..adohaii!! kasian bah anak haha!! Syukur kebal juga perut si aiman ni mummy dia makan n minum sembarang ndak juga dia kembung perut.Anak jantan maa boleh sakit kan. :D 

Fevbret masa pantang komfem punya,bubur ayam + telur dan air cincau.Setiap kali laki pulang dari kerja,mesti pesan sampai 3 tin.Uisshh!! kira pelahap juga lah aku masa tu hihi.Kesimpulannya,jaga lah badan selepas beranak,nanti dah jadi macam tong dram jangan salahkan si laki ya kalau ndak mendekat haha!!

Si Baby Jaundice ^193

#day 3
Lepas jak si baby discharge dari NICU Hosp.Likas,nenek dan atok dia sambut kedatangan kami penuh meriah,siap sediakan lagi katil si baby cantik2.Aku dijaga dan dimanja penuh kasih sayang.Ya Allah!! baiknya kedua mak bapak mentuaku ni. (Bersyukur!!). Doa kesyukuran dibuat pada malam tu juga,sebab baby Aiman teda apa2 masalah kesihatan dilaporkan lepas 2 hari bermalam di ICU Ward. Alhamdulillah!

#day 4
Sedihnya bila hari ke-4 JM tempat aku selalu berklinik datanglah buat check up.Macam biasalah cek ibu n anak,tanya itu n ini.So JM tu suruhlah bawa aiman cek SB,sebab muka aiman nampak sudah kuningnya.Harap-harap ndak lah tinggi. 12.03pm@Hosp Pantai Manis,Papar bawa aiman cek kuning,ambil darah tunggu result.Lebih kurang 5 minit camtu tunggu,result keluar dan jeng! jeng! jeng! >275 pulak.Kena admit lah.Nangis terus aku masa tu,rasa kasihan dengan aiman.Tapi demi kesihatan tu,aku kuatkan juga semangat.

                                          Cian bah anak mummy ni tido bawa lampu biru

Camni lah keadaannya disana hihi.mula2 tu aku bagi bogel terus,tapi aiman kan kuat cit-cit n poopoo,so bagi pakai pampers lah.Seksi gilew anak aku dalam tu haha!!

Ini pulak posing2 aiman masa dalam tu,amboii!! rasa macam dalam perut mummy lagi ke cayang!! <3 :D

                                                     Santai2 cikit jew bah sambil tutup mata :)

                                                    Sampai berbelit-belit anak mummy ni XD

Mata mesti tutup untuk elakkan mata baby dari terkena lampu biru,sebab lampu biru ni boleh merosakkan kanta mata.Ndak panas pun tido dibawah lampu ni,rasanya macam suam2 kuku hihi.Tapi yang aiman ni mesti pakai 2 lampu sebab kuning tinggi.So pengajarannya,elakkan makan jamu2 n halia yang banyak :P kesannya nanti camni lah. :)

Sunday, August 18, 2013