Wednesday, November 27, 2013

Si Apam Polkadot Si Apam Bater

Assalamualaikum,

Hari ni mamy Aiman nak update pasal apam pulak, Tadi pagi Alhamdulillah rezeki Allah bagi,seorang wanita kononnya nak buat tempahan untuk majlis tunangnya awal Disember ni. Terkejut juga sebabnya tidak mengenali langsung si wanita ni. Dia kata pernah ternampak mamy post gambar apam ni di wall FB mamy.Wow!! syioknya ada yang berminat,padahal mamy just post sebab happy hasil tangan menjadi waktu tu. Takda niat promote okey :)

So si wanita tadi tanyalah kalau mamy boleh ambil tempahan. Mamy kata bukan tak boleh,sebenanrnya mamy bukannya mahir sangat pun,yang champion nya asben mamy. Uishh!! dia yang terer sebenarnya. Jadi mamy mau bincang dengan asben dululah,mau buat atau tidak. Sebenarnya dalam hati mau dong haha. Duit maarii bah.

Kalau asben benarkan,wah! memang best. Aku paling suka buat benda ni,walaupun agak leceh,makan masa nak siapkan. Tapi sebab warna dan kecomelannya membuatkan aku semangat waja! Uishh!! amat semangat. So aku upload gambar-gambar polkadot yang pernah aku buat. Taklah cantik mana pun tapi bolehlah bah. haha!

#repost apam polkadot


Boleh dipelbagai perisa

#repost apam bater
Ini hanya perisa bater/butter 

Ahh inilah yang mamy belajar dari encik asben. Asben mamy sejak azalinya kali dah pandai masak semua ni. Terima Kasih ya Allah pertemukan aku dengan insan yang berbakat sepertinya. Love You Mr Husband.
so sapa rasa-rasa dirinya berbakat bolehlah cuba google resepi polkadot ni dekat tenet kan. Maii kita latih dan asah bakat kita,apatah lagi seorang isteri dan surirumah macam mamy.

Okey sampai sini dulu mamy isi entri ni,kalau ada benda menarik lagi akan mamy kongsikan dalam belog mamy Aiman ni ya.



No comments:

Post a Comment