Tuesday, December 3, 2013

Tahukah kita??

Assalamualaikum..Holla!!

Mamy aiman nak share sikit pasal perancang kehamilan pulak.Okey ringkaskan cerita ya.
Ada kemungkinan kah mengandung walaupun sedang menggunakan perancang??
Okey mamy ada baca sikit dekat google,tanya yang pakar dalam hal sebegini, jawapannya tidak ada perancang keluarga yang 100% berkesan untuk menghalang daripada hamil. Paling-paling pun 99% keberkesanan untuk mencegah daripada hamil. So means ada 1% untuk hamil. Kecil sangat peratusannya,namun jangan pandang ianya agak mustahil sebab 1% itu ada disetiap jenis perancang yang kita gunakan seperti menggunakan alat,memakan pil,suntikan non-preg dan kondom. So kalau dah pegnen walaupun dah pakai perancang that's mean Allah dah bagi rezeki lah tu. :)

PIL
Mempunyai kandungan hormon sintetik mencegah hamil dalam bentuk progestogen sahaja atau kombinasi estrogen dan progesteron. 99% berkesan jika mengikut arahan dan tidak mempengaruhi hubungan seksual.

SUNTIKAN
mencegah ovulasi,menjadikan lendir servik lebih pekat untuk menyukarkan pergerakan sperma dan menjadikan dinding servik nipis dan tidak sesuai untuk perlekatan janin.Berkesan hampir 100%, diambil setiap 3 bulan. Selamat dan sesuai digunakan bagi ibu yang menyusukan anak.

IMPLAN
Sejenis alat plastik berbentuk rod yang mengandungi hormon sintetik progestin. Ditanam dibawah kulit dibahagian pertengahan lengan dan dikeluarkan apabila genap 3 tahun. Hampir 100% berkesan. Selamat,memberi kesan jangka panjang dan tidak menganggu hubungan seksual.

KONDOM
Sejenis getah lembut yang disarungkan pada zakar sebelum melakukan persetubuhan untuk mencegah kehamilan dan jangkitan penyakit seksual. Ianya menghalang sperma untuk masuk kedalam rahim. 75% berkesan.Senang digunakan dan mencegah penyakit berjangkit melalui seksual.

KAEDAH PEMANDULAN WANITA
Melibatkan pembedaan kecil ke atas wanita dimana kedua-dua salur falopian diikat. Satu pembedahan yang ringkas,berkesan 99%. Selamat,mengahalang penyakit radang pelvik dan tidak menganggu hubungan seksual.

KAEDAH PEMANDULAN LELAKI
Melibatkan pembedahan kecil ke atas lelaki dimana kedua-dua salur sperma diikat.Pembedahan yang ringkas.99% bekesan,selamat,memudahkan pasangan kerana tidak perlu mengamalka kaedah kontraseptif yang lain dan tidak menganggu hubungan seksual.
 (Sumber diperoleh dari Google)

Kesimpulannya,apa yang mamy aiman rasa,mana-mana kaedah yang kita gunakan untuk mencegah hamil ni,biarla dengan niat yang betul. Jangan terasa dengan adanya anak yang ramai kita rasa terbeban. Jika Allah bagi kita terima dengan hati yang terbuka. Sebab Allah tahu akan hidup hamba-hambanya. Biarlah melahirkan anak itu kita jadikan sebagai satu ibadat buat kita. Rezeki si anak itu Allah dah bagi. Okey

Baiklah,hari ni sajalah yang mami dapat share dengan mamies semua. Kita kongsi-kongsi ilmu yang ada.

Assalamualaikum,
Daa.... :D

No comments:

Post a Comment