Wednesday, December 11, 2013

Makanan Pertama Si Manja

Assalamualaikum,

Malam2 buta tak dapat tidur,pikir punya pikir buka laptop dan belog :) ( layan boring )

Okey,hari ni genap 6 bulan anak mamy si aiman ni. Alhamdulillah besar dan sihat walaupun tidak susu badan sepenuhnya. (Failed!!). So esok pagi baby aiman akan mula makan makanan dia yang pertama ( ah! ni PASS! ) :)

Ni mamy mau cerita sikitlah pasal makanan pertama anak kan,sebagai seorang ibu kepada anak pertama ni memang lain benar rasa terujanya,semua benda yang terbaik untuk anak mamy google,baca. Nak perfect habis lah katakan. Yelah bukan apa,rata2 yang mamy nampak dekat sekeliling,begitu tidak menghiraukan bahaya dan kesannya memberi makan pada anak dibawah umur 6 bulan.Ishh! Ishh! Ishh! mamy takmo lah jadi seperti tu. So mamy mulakan pemakanan aiman dengan puree pear+banana 4 day rules.nyummm!! macam sedap jew

Siapa yang tidak kenal dengan buah pisang,disamping khasiatnya,ia juga senang didapati dan murah. Buah pisang ni sangat disarankan pada bayi kerana teksturnya yang lembut mudah untuk dihadam juga kandungan jizi yang penting dalam kandungan pisang seperti  kalium ( pada tengah pisang ),Vit C B2 B6 dan mineral lain. Tapi harus diingat,pisang juga boleh menyebabkan sembelit jika diambil dalam kuantiti yang banyak. Tapi mamy akan selang-seli kan aiman makan pisang. risau juga bila dah syiok tengok anak makan berselera sampai terlupa pulak akibatnya.

Kalau buah pear,khasiat yang ada ( mamy google ) :) selain rasanya yang manis,pear mengandungi banyak hasil Vitamin seperti A,B,C,NIASIN,FOLAT,KALIUM,KALSIUM dll ( terlalu banyak,entri agak padat ) hehe. Dan paling best buah pear rendah kandungan sodium dan tidak menghasilkan lemak yang tidak baik. Pear ni dapat mengelakkan sembelit pada baby sekaligus mengatasinya.

Aaa..ini saja yang mamy dapat tulis,actually banyak lagi khasiat buah yang boleh diberikan pada anak untuk makanan pertama mereka.Yang penting baik dan tidak memudaratkan. Harus momies diluar sana tahu,elakkan memberi anak makan seperti telur ( terutama putih ) kerana mengandungi bakteria salmonella,makanan laut,kekacang,citrus food,yeast/cheese dan madu. kenapa madu tak boleh?? http://mrs.3daysafter.net/
tak reti mamy nak Xplain,korang baca mesti korang akan faham.

Setelah menjadi ibu ni,mamy dah banyak membaca,honestly mamy bukan sorang yang suka baca pasal semua ni,tapi sejak dari preggy lagi,mamy dah ubah cara menjadi seorang yang ingin dan banyak tahu pasal info2 seperti ini. Alhamdulillah,ada kebaikannya jika kita ikut peraturan dalam membina perkembangan si manja. Paling utama,jangan peduli pada orang sekeliling yang suka mengangap kita ni agak jenis fobia,nak perfect,berasa takut anak terjadi itu dan ini. Kalau mamy,just pekak kan telinga,just look forward. Sebab mamy mahu yang terbaik untuk anak mamy dan juga untuk kebaikan / kesihatan dia pada masa hadapan.Orang lain?? ada ku kesah haha. ( gurauu )

Apa-apa pun,semoga anak2 kita sihat2 belaka dan menjadi anak yang soleh/solehah. Selamat menjadi seorang ibu yang berjaya.

Sampai sini sahaja mamy dapat tulis entri,mata sudah ngantuk pulak. Ada ilmu ada info mamy kasi tahu juga aa.. :)

Salam...
Good Night...

No comments:

Post a Comment