Tuesday, October 1, 2013

Let's move on Hubby :O

Hari ni rasa nak nangis,tapi tahan sikit sebab tak cantik nampak cengeng. Kiranya konon bulan 12 ni genap anak aku 6 bulan nak pindah rumah. Dah lama sangat kami tinggalkan rumah tu. Bukan nak berontak dekat family husband sebab tak bagi pindah buat masa ni,okey aku sangat memahami punya orang. Tapi aku perlukan privasi sendiri,rasa nak selesa dirumah sendiri. Bukan kata sebumbung dengan mertua sangat merimaskan,tapi apa yang nak dilakukan sangat terbatas. Aku jenis suka deko itu ini,so bila bukan berada dirumah sendiri rasa blankk! right??

Bersyukur sangat dapat keluarga mentua yang baik sangat,kena-2 aku ni menantu sulung dan anak aku ni cucu pertama dalam keluarga husband,apa tak lebih sayang diaorang dekat aku dan baby Aiman. Ya Allah!! bagi aku petunjukMU,aku tak mahu mak mertua ku terasa hati,tapi aku tak mahu juga rasa makan hati.help!

Mak mertua takmau aku dan husband pindah rumah selagi aku belum berkerja,yups aku tahu sebabnya.Tapi jiwa aku ni meronta-ronta mau rasa berdikari tinggal sendiri bersama husband dan anak. Mak mertua actually tak halang,tapi berat rasa hati dia nak berpisah dengan cucu sulung dia. Okey buat masa ni aku dan husband tengah pujuk sikit-2 hati mak,supaya benarkan kami tinggal sendiri. Bapa mertua aku sangat sporting punya orang,dia tak halang sebab baginya kami dah matang untuk fikirkan masa depan anak dan keluarga kami. Mak pliss!! bagi kepercayaan sikit dekat kita orang :D

Sayang semakin menebal jugak dengan mak mertua,rasanya tak sanggup juga nak berpisah ni. Sebab setiap hari aku lah yang urus rumah,dari membersih sampailah makan minum mereka aku ambil alih. Sebab tu mak mertua sayang sangat tu hihi. Okey lepas ni harus lebih tunjuk kan konsisten aku untuk uruskan rumahtangga. mana tau mak mertua percaya aku paasti boleh uruskan rumah,husband dan anak dalam satu masa. Okey wana chayo! chayo!

p/s : pujuk hati mak mertua sedalam-dalamnya XD

No comments:

Post a Comment